Testimonials

TESTIMONIAL 1

NAMA AYAH      : NAZARUDDIN BIN JAAFAR
NAMA IBU          : INTAN ZARINA BT MOKHTAR
NAMA ANAK    : MUHAMMAD FAIQ MIFZAL
           
Semenjak bersekolah di Tadika Addin ini, Faiq telah banyak mendapat ilmu pengetahuan. Daripada seorang yang tidak tahu apa – apa asas dalam pembelajaran, kini dia telah pandai menulis,membaca buku Bacalah Anakku dan ABC. Sebelum bersekolah Faiq tidak pernah didedahkan dengan huruf – huruf ABC dan bacaan. Alhamdulillah sekarang telah banyak perubahan dapat terlihat pada Faiq. Diharap agar Faiq dapat lebih banyak ilmu dan pengetahuan di Tadika Addin.
TESTIMONIAL 2

NAMA AYAH      :  ZAHARI BIN MISRAN
NAMA IBU          : TUN FATIMAH BTE BAHRUN
NAMA ANAK     : IDLAN HAKIMI BIN ZAHARI

TADIKA ADDIN telah memberi asas untuk Idlan Hakimi menjadi insan yang berpendidikan dan berakhlak mulia di masa hadapan kelak. INSYAALLAH,amin!
Terima kasih kepada guru – guru.
TESTIMONIAL 3



NAMA AYAH      : ROSLAN HUSSIN BIN RAHMAT
NAMA IBU          : LIZA AMALINA BTE ZAKARIA
NAMA ANAK     : ASHA ZAARA BTE ROSLAN HUSSIN

Alhamdulillah,Asha mampu menulis,membaca dan mengira dengan baik biarpun tidak memasuki alam persekolahan seawal usia 5 tahun. Di Tadika Addin , Asha diajar menghafal hadis ringkas, cara- cara mengambil wudhu’ dengan betul dan mengerjakan solat di samping pelajaran  akademik yang lain.
Aktiviti – aktiviti yang di aturkan menarik minat Asha dan dari segi pergaulan dengan rakan sebaya, Asha telah belajar saling bertolak ansur dan juga sering membantu di antara satu sama lain.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru – guru di Tadika dan Taska Addin yang penyayang,mengambil berat dan sabar melayani kerenah Asha.
TESTIMONIAL 4
NAMA AYAH      : RAHIMAN BIN SARBINI
NAMA IBU          : RAZNILIZA BTE MOHD RAZAK
NAMA ANAK     : MUHAMMAD FAKHRUL IMAN BIN RAHIMAN

ANAKKU IMAN,
TANGGAL 1 MUHARRAM 1432H
KITA TELAH BERHIJRAH,
DARI DAERAH GEMAS KE PASIR GUDANG.
                       
ANAKKU IMAN,
TANGGAL JANUARI 2011,
KAU TELAH BELAJAR DI TADIKA ADDIN,
WALAU BERAT HATI MELEPASKANMU.

ANAKKU IMAN,
IBU BERSYUKUR KEPADA ILLAHI,
BAHAWA PILIHAN TADIKA IBU,
TELAH MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUPMU.

ANAKKU IMAN,
IBU BERASA BANGGA DENGAN PERUBAHANMU,
TADIKA ADDIN TELAH MEMBUATKAN ,
ANAKKU PANDAI MEMBACA, MENGEJA DAN MENGIRA.

ANAKKU IMAN,
HORMATILAH GURUMU DAN RAKAN – RAKANMU,
MOGA DENGAN BERKAT KESABARANMU,
TADIKA ADDIN TEMPAT PERMULAAN MENCARI ILMU,
MOGA DIRIMU MENDAPAT PELAJARAN YANG BERGUNA ,
UNTUK BEKALAN DUNIA DAN AKHIRAT…. AMIN..

TESTIMONIAL 5


NAMA AYAH      : MOHD NAZRI BIN ABU BAKAR
NAMA IBU          : ROZALINNA BTE RAJAB
NAMA ANAK     : ALIESHA SOFEA BTE MOHD NAZRI

Assalammualaikum Wbt. Bersyukur kami setelah menjadi ibu bapa. Menggalas tanggungjawab yang penting untuk mencorakkan sehelai kain putih. Terlalu banyak yang diperlukan dan dikorbankan untuk menjadikan puteri sulung kami seorang yang berguna untuk agama, bangsa, dan negara.
Salah satunya adalah dengan cara memberikan pendidikan awal di sekolah. Di usia 5 tahun lagi kami telah menghantar puteri kami ke sekolah. Tetapi kami telah membuat pilihan yang kurang tepat untuk persekolahan awal anak kami. Sehinggalah pada usianya 6 tahun,baru kami mengetahui tentang Tadika dan Taska Addin ini. Terus kami mengubah fikiran dan menukarkan puteri kami ke sekolah ini. Kerugian tidak kami fikirkan, yang penting puteri kami dapat menuntut ilmu duniawi dan akhirat.
Semuanya positif di sekolah ini, Alhamdulillah puteri kami sudah boleh membaca, membaca doa, mengira, walaupun masih terkial – kial.
Terima Kasih kepada Warga Tadika dan Taska Addin.
Nama pelajar : Muhammad Adam Danial
Nama ibu / bapa : Zulnazri Masnan / Nur Haslenda Mohamad

          Tadika Addin banyak memberi perubahan kepada anak saya. Sebelum ini Adam seorang yang tidak pandai bergaul dengan rakan-rakan dan kurang pandai bercakap, tidak kenal huruf & nombor. Tetapi sekarang  Adam seorang yang peramah dan petah berkata-kata. Adam sudah pandai menulis, mengenal huruf dan nombor. Jika dulu tiada siapa yang faham setiap patah perkataan yang keluar dari mulut dia tapi sekarang Adam yang paling banyak bercakap di rumah. Dan yang paling saya tidak percaya kejayaan Adam ketika dia berumur 4 tahun dimana dia mendapat tempat ke 2 di dalam kelas. Alhamdulillah dan terima kasih kepada cikgu-cikgu dan Tadika Addin kerana terlalu banyak perubahan positif berlaku pada Adam.


Nama pelajar : Alyaa Zahwa bt Salim
Nama ibu / bapa : Salim bin Safturani

                Tadika Addin terbaik, islamik & ekonomik. Anak saya memulakan sessi persekolahan agak lewat pada 7 Mac 2011 atas sebab-sebab yg tidak dapat dielakkan. Walaupun baru 2 bulan bersekolah, perkembangan pelajarannya amat memuaskan. Meski pun mendapat nombor 4 untuk ujian semester pertama pada 9 May 2011, saya bersyukur dia dapat mengikuti apa yang diajarkan di Tadika Addin. Dia dapat menghabiskan buku Bacalah Anakku pada 27 April 2011 dengan lancar. Alhamdulillah dalam masa yang singkat dia mampu buat yang terbaik. Terima kasih guru-guru di atas segala perhatian, tunjuk ajar dan kata-kata pujian yg diberi. Tadika Addin membentuk generasi berjaya dunia & akhirat.
Nama pelajar : Nik Sofia Addyna
Nama ibu / bapa : Tuan Zaharah bt Tuan Mohd Din
                Sejak memulakan sesi pembelajaran di Tadika Addin, Nik Sofia sudah banyak perubahan. Kalau dulu sebelum ke Tadika Addin dia susah melekat pada buku. Tetapi sekarang dia rajin membuat ‘homework’ yg diberi oleh cikgu. Skrg dia juga sudah boleh mengeja dan membaca. Malah dia juga turut berminat untuk membaca buku-buku cerita walaupun hanya dua tiga baris ayat  sahaja. Saya berterima kasih pada cikgu-cikgu di Tadika Addin kerana dalam sesi pembelajaran yang singkat, anak saya sudah banyak belajar. Malah anak saya sudah bole membaca doa dalam 3 bahasa.
 *********************************************************
Nama pelajar : Khairul Nishak
Nama ibu / bapa : Pn Norasidah Abd Rahman / En Noramin Mohammad Rahim

                Anak saya belajar di Tadika Addin ini sejak berumur 5 tahun lagi. Alhamdulillah dia telah boleh membaca dan mengira dalam masa tidak sampai 3 bulan, kemudian dia bole membaca pula dalam Bahasa Inggeris dan Jawi tidak sampai setahun. Bukan itu sahaja, doa-doa asas pun anak saya boleh menghafal dengan mudah dan dapat mendirikan solat dengan penuh tertib.
                Ribuan terima kasih buat warga pendidik Addin kerana dapat mendidik anak saya menjadi anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang bukan sahaja duniawi malah akhirat juga. Saya pasti akan menghantar anak-anak saya yang lain di Tadika Addin kerana pembelajaran yang berkesan di samping guru-guru yg sentiasa mengambil berat dan penyayang.

No comments:

Post a Comment